Followers

" Pocari Sweat "



actually, video ni saya pun baru saja tonton, dan baru juga saya tahu kewujudan jenama minuman POCARI SWEAT. as i know, in Malaysia, jenama ni tak ada. maybe because of that kita tak tau. tapi, di luar negara minuman POCARI SWEAT ni dah popular. contohnya, jepun dan indonesia. so, sebelum kita pergi lebih jauh, jom tonton video ni dulu.




Produk Pocari Sweat ini diusahakan oleh syarika Otsuka Pharmaceutical Co. Ltd. dan dihasilkan oleh Akihiko Otsuka dan Rokuro Harima. atas usahasama mereka maka terhasil lah minuman bertenaga Pocari Sweat.

konsep minuman Pocari Sweat :

  1.  minuman yang mampu memberi tenaga
  2. sesuai diminum bila sahaja ( ketika keletihan bersukan, berjalan, rehat )
  3. sesuai diminum oleh semua peringkat umur

hasil dari video ini, dapat saya simpulkan mengenai ciri-ciri yang wujud pada usahawan Pocari Sweat ini, iaitu :
  • bijak merancang
sewaktu pekerjanya mencadangkan sesuatu idea yang bernas, beliau tidak gaihrah untuk terus mengeluarkannya. sebaliknya, kerana baginya, belum tiba masanya untuk produk ini keluar. 
  • kreatif
pada asalnya, air Pocari Sweat ini terdapat kekurangan rasa. namun, dengan campuran rasa air lemon, beliau dapat mewujudkan rasa yang sebenar.
  • tidak mudah putus asa
ketika tempoh pengenalan Pocari Sweat kepada masyarakat, mereka kurang mendapat sambutan. namun, beliau memberi semangat kepada para pekerjanya untuk terus mencuba memberi minuman ini kepada masyarakat
  • berani menaggung risiko
ciri ini sangat penting bagi seorang usahawan. beliau berani menanggung risiko dengan terpaksa menanggung kerugian yang banyak hanya kerana memberikan minuman yang percuma kepada orang ramai. walaupun pada ketika itu, minuman tersebut masih menerima tindak balas yang mengecewakan. namun beliau tetap terus menanggung risiko kerana baginya, usaha itu pasti berhasil.

  • percaya kepada diri dan pekerja
sewaktu beliau membentangkan projek minuman ini, majority keputusan menolak projek ini. namun, beliau mempunyai kepercayaan diri dan pekerja yang sangat tinggi terhadap projek ini dan sangat berkeyakinan ianya mampu berjaya dan bakal menjadi satu fenomena.